RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.

RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.
Resepi, PUDING FRUIT COCKTAIL.
RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.
Resepi puding fruit cocktail adalah resepi kita pada kali ini. Sememangnya fruit cocktail sering menjadi hidangan di sebarang majlis. Puding fruit cocktail menjadi kegemaran ramai. Anda semua boleh mencuba resepi ini dan sharekan kepada semua kawan-kawan anda.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH PUDING FRUIT COCKTAIL.
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan gula
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard (kacaukannya di dalam air)

CARA-CARA MEMBUAT KUAH PUDING FRUIT COCKTAIL.

Campurkan semua bahan di atas.
Masakkannya di atas api yang tidak kuat.
Ini bertujuan supaya apabila kita masakkannya gula akan hancur dan semua bahan di atas akan sebati.
Setelah gula benar-benar hancur dan semuanya telah sebati tutuplah api dan masukkan ke dalam peti sejuk.


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CUSTARDNYA:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

CARA-CARA MEMBUAT CUSTARD:

Terlebih dahulu campurkan semua bahan-bahan di atas dan masakkannya di atas api yang sederhana besar.
Biarkannya sehingga menjadi pekat dan likat. Anda akan juga dapati warnanya bertukar dari kuning cair ke kuning nipis.
Setelah benar-benar masak dan bertukar warna masukkan ke dalam bekas lompang.
Selepas itu biarkan sejuk dan setelah sejuk masukkannya ke dalam adunan pertama tadi.
Puding fruit cocktail anda telah pun siap untuk dihidangkan.
Kalau kita biarkannya sejuk mesti lagi sedap rasanya.


Selamat Mencuba










Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top