RESEPI KERABU SEAFOOD.

RESEPI KERABU SEAFOOD.

Resepi kerabu seafood amat jarang kita dengar. Kebiasaannya kita mendengar kerabu mangga dan bermacam lagi. Kerabu seafood nie kalau di campurkan dengan pelbagai jenis seafood memang la menarik dan sedap. Resepi akan membawa anda pada hari ini ialah resepi kerabu seafood.

BAHAN-BAHANNYA:

300 gm udang dipotong kecil
300 gm sotong dipotong kecil
80 gm isi ketam
100 gm kerang yang telah direbus
2 batang serai
1 biji bawang besar dipotong nipis
1 biji limau nipis ambil jusnya sahaja
2 sudu teh sos ikan
2 biji cili hijau
3 biji tomato ceri
5 helai daun limau nipis
Garam

CARA-CARA MEMBUAT KERABU SEAFOOD:

Ambil sos ikan, perahan air limau nipis dan garam. Campurkan semuanya.
Kemudian masukkan isi ketam dan udang.
Masukkan pula sotong dan kerang.
Gaulkan kesemua bahan tersebut dengan serai, daun limau purut dan bawang merah.
Akhir sekali hiaskan dengan tomato ceri di atasnya.

* Semua bahan-bahan seafood hendaklah dicelurkan terlebih dahulu. Jangan masukkan mentah-mentah pulak kang sakit perut la pulak...


Selamat Mencuba



Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top