Showing posts with label resepi tradisional. Show all posts
Showing posts with label resepi tradisional. Show all posts

RESEPI ROTI JALA.

RESEPI ROTI JALA.
Resepi Tradisional, Resepi Roti Jala, Resepi Roti
RESEPI ROTI JALA.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi nie kita akan cuba membuat resepi roti jala. Jika ikut resepi nie inshaAllah roti jala akan sentiasa lembut dan sedap hingga ke malam. Kebanyakan roti jala yang kita beli tidak kekal lama lembutnya kerana ia akan mudah keras. Resepi roti jala di bawah ini akan menjadikan roti jala anda akan kekal lembut sehingga malam. Mari kita baca resepinya di bawah.

Bahan-bahan roti jala:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat roti jala:

Pertama sekali ambil semua bahan-bahan diatas dan blendkan hingga sebati. 
Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. 
Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala 
Sebaik-baiknya gunakan kuali non stick supaya tidak melekat. 
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. 
Kalau dah masak terus di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan apa-apa kuah pun. saya paling suka cecah dengan kuah kari ayam.
Setelah siap boleh lah dihidangkan bersama keluarga anda ataupun kepada tetamu anda.

RESEPI KERABU SARDIN.

RESEPI KERABU SARDIN.
RESEPI KERABU SARDIN, RESEPI
Google Image
Sardin kalau digoreng ataupun digulai sudah tentunya sedap dan lazat kan? Kalau digoreng lepas tue kita makan bersama kuih jemput memang terangkat punya. Tengahari makan nasi bersama sardin goreng. Minum petang pula goreng sardin dicicah dengan jemput memang happening la minum petang tue. Hehehe... Kali ini kita cuba buat kerabu sardin pula yer.

Bahan-Bahannya:

1 tin sardin tak kira apa brand pun
2 biji bawang besar dipotong nipis-nipis
5 biji cipi api
Garam
Jus limau nipis

Cara-Cara Membuat Kerabu Sardin.

Terlebih dahulu hancurkan sardin dengan sos nya sekali.
Gaulkan bawang besar dan cili api bersama ikan sardin yang telah dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan pula garam dan jus limau nipis. Garam mengikut tahap kemasinan anda yer.
Jeng...jeng...jeng kerabu sardin anda telah pun siap dibina.
Kalau nak lagi terangkat simpan jer dalam peti ais.

Selamat Mencuba.

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top