Showing posts with label RESEPI TOM YAM THAI ASLI.. Show all posts
Showing posts with label RESEPI TOM YAM THAI ASLI.. Show all posts

DAGING MASAK LADA HITAM.

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM.
Resepi, DAGING MASAK LADA HITAM.
RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM

Assalamualaikum semua. Apa kata kita mencuba pula resepi daging. Pelbagai resepi boleh dibuat dengan nie yer. Ada yang menggemari masak lemak cili api, masak kicap, kari dan sebagainya. Hari ini admin ingin memberi kepada anda semua resepi daging masak lada hitam.

Boleh la mencubanya untuk dibuat juadah berbuka nanti yer.

BAHAN-BAHANNYA.
500 g daging yang telah direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2
4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos masam manis
1 sudu teh sos lada hitam - optional
1 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar tepung jagung telah dibancuh dgn sedikit air
5 biji cili api (dititik)

Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus-halus)
Garam
Gula
  

CARA-CARA MEMASAK DAGING MASAK LADA HITAM.
 

Terlebih dahulu perapkan daging anda dengan kicap pekat yang dicampur dengan separuh lada hitam selama 10 minit.
Goreng daging hingga separuh garing di dalam kuali yang panas. Setelah garing keluarkan dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik baunya dan berwarna perang.

Kemudian masukkan daging, separuh lagi lada hitam dan kicap pekat dan kacau sehingga serata dan sebati.
Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos masam manis, bawang besar, cili api dan cili merah.
Kacaukan semua bahan-bahan tersebut sekali lagi.
Selepas itu masukkan pulan bancuhan tepung jagung, daun sup dan daun bawang.
Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut kesesuaian anda. Tetapi sebelum itu jika masakan ini sudah cukup masin dan manis tak perlulah anda masukkan garam dan gula lagi.
Setelah itu kacau hingga sebati dan tunggu sehingga benar-benar masak.
Daging masak lada hitam anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan untuk juadah berbuka.

Daging masak lada hitam ini juga selalunya ada juga dibuat semasa kenduri ataupun majlis-majlis seperti doa kesyukuran, tahlil dan banyak lagi.

Selamat Mencuba Masakan Daging Masak Lada Hitam.

RESEPI TOM YAM THAI ASLI.

Admin memang menggemari tom yam apatah lagi yang pure dan asli dari Thailand. Apa kata anda cuba mempelajari cara-cara masakan tom yam thai yang asli? Bukan sahaja menjimatkan wang anda, malah anda juga boleh menyediakannya untuk tetamu yang datang ke rumah anda dengan hidangan tom yam thai asli ini.

Mula-mula sekali kita mestilah menyediakan perencah tom yam thai asli dahulu.

BAHAN-BAHAN PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.
5 biji bawang merah.
2 biji cili merah.
5 biji cili kering.
1 inci lengkuas.
2 batang serai.
1 sudu udang kering.
3 helai daun limau purut.
1 inci belacan (yang telah dibakar).
Gula, garam dan air asam jawa. 
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP TOM YAM THAI ASLI.
1/4 ekor ayam yang telah dipotong-potong.
3 ekor sotong.
5 ekor udang (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar)
1 ulas bawang besar (dipotong enam)
5 ulas bawang putih (yang telah diketuk)
1 inci lengkuas (yang telah diketuk)
2 batang serai (diketuk juga)
1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin anda tambah)
1 biji tomato (dibelah empat)
4 @ 5 helai daun limau purut.
1 sudu besar perencah tomyam atau lebih.
1 sudu besar sos ikan.
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.
3 sudu susu cair.
cili padi
garam
daun ketumbar
Air secukupnya untuk membuat sup.
CARA-CARA MEMBUAT PERENCAH TOM YAM THAI ASLI.

Kisarkan semua baha-bahan di atas dengan air yang sedikit sahaja. Air asam jawa, garam dan gula JANGAN dikisar bersama dengan bahan-bahan di atas. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga baunya naik. Selepas itu boleh lah di masukkan garam, gula dan air asam jawa. Garam dan gula di masukkan sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.Biarkan semua ramuan tersebut masak secukup rasa hingga menjadi pes. Setelah siap sejukkan dan anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk.

CARA-CARA MEMBUAT SUP TOM YAM THAI ASLI.

Rebuskan ayam anda yang telah dipotong tadi dengan air selama beberapa minit. Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai dan lengkuas. Kemudian masukkan udang, sotong, tomato dan semua sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. Akhir sekali masukkan pes tom yam, sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa anda. Kacau semua bahan tersebut hingga serata semuanya. Setelah ayam empuk dan kesemua bahan telah masak sepenuhnya anda boleh memadamkan api. Akhir sekali barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.

Resepi Tom Yam Thai Asli anda telah pun siap.







Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top