RESEPI KEK CHEESE TANGKAP LELEH.

RESEPI KEK CHEESE TANGKAP LELEH. 
Resepi, Kek Cheese leleh,
Google Image
Ada sesiapa pernah rasa kek cheese tangkap leleh nie? Kalau ada sesiapa yang belum pernah elok la cuba memang sedap kek cheese tangkap leleh nie.. Bila dikunyah terasa meleleh cheesenya. Mari kita cuba buat kek cheese tangkap leleh nie di rumah.
 
Bahan-bahannya :
 
200gram cream cheese terpulang kepada anda nak guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (pilihan)

Cara-Caranya:

Masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
Didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
Masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
Bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
Biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream cheese tangkap leleh punya.

250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

Untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan :
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese diatas kek.
 
SUMBER RESEPI

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top