RESEPI HALWA KEDONDONG.

RESEPI HALWA KEDONDONG.
Google Image
Halwa memang enak dimakan bersama-sama dengan nasi ataupun di makan begitu sahaja. Pelbagai jenis halwa terdapat di negara kita seperti halwa buah kedondong, halwa buah kabung, halwa betik dan bermacam-macam lagi. Hari ini resepi-oh-resepi akan memberi anda resepi halwa buah kedondong. Kecur air liur bila dengar buah kedondong nie kan?

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg kedondong masak
5 gelas air
50 gm gula batu
1 kg gula pasir

CARA-CARA MEMBUAT HALWA BUAH KEDONDONG.
    Masukkan buah kedondong ke dalam periuk yang berisi air.
    Pastikan anda telah membuang kulitnya dan bersihkannya terlebih dahulu.
    Kemudian masukkan gula dan pastikan selepas masukkan gula anda sentiasa kacau sehingga gula tersebut keras sedikit dan berkerak.
    Biarkan selama 1 jam tapi jangan sampai terlalu lembik.
    Selepas itu angkat dan toskan airnya.
    Akhir sekali anda biarkannya ianya kering selama sehari semalam.
    Jika anda inginkan halwa buah kedondong anda betul-betul kering anda bolehlah menjemurnya di bawah panas matahari.
    Halwa buah kedondong anda telah pun siap

    Selamat Mencuba

    Written by

    Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

    0 comments:

    Post a Comment

    Gallery

     

    © 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

    Back To Top