RESEPI TOMYAM SEAFOOD.

Tomyam seafood juga menjadi masakan popular jika anda ke restoran seafood selain tomyam ayam, tomyam campur dan sebagainya. Di bawah ini disediakan resepi tomyam seafood yang menarik dan amat sedap sekali.

BAHAN-BAHAN TOMYAM SEAFOOD.
2 @ 3 ekor udang
1 ekor ketam yang dipotong 2 atau mengikut sukatan anda
2 @ 3 ekor sotong dipotong kecil
2 sudu pes tom yam
100 ml air perahan limau
1 cm lengkuas
1 batang serai yang telah ditumbuk
700 ml stok sup
1/2 biji tomato
4 biji cendawan butang
3 biji cili api
1 biji bawang besar yang di potong 4 bahagian
 3 helai daun limau purut
1 sudu susu cair
Daun ketumbar
Garam dan gula mengikut sukatan anda
CARA-CARA MASAK.
Masukkan stok sup ke dalam periuk terlebih dahulu.
Kemudian masukkan pula air perahan limau, serai, cili api, pes tom yam, lengkuas dan daun limau purut ke dalam periuk.
Kemudian masukkan udang, ketam dan sotong. Biarkan mendidih dan semuanya masak.
Kemudian masukkan pula cendawan dan tomato.
Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan seketika.
Masukkan garam dan gula mengikut kesedapan anda merasainya.
Tom yam seafood anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan.
Jika anda ingin nampak lebih menarik bolehlah menabur daun ketumbar di atasnya.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top