RESEPI KUIH CAKAR AYAM.

RESEPI KUIH CAKAR AYAM.

Google Image

Ada sesiapa yang tak kenal dengan kuih cakar ayam? Kuih cakar ayam nie memang popular masa zaman budak-budak dulu. memang sedap kuih nie. Kuih cakar ayam nie mestilah rangup dan sedap. Resepi ingin berkongsi dengan anda semua resepi kuih cakar ayam ini.

BAHAN-BAHANNYA:
300 gm gula merah
1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
1 sudu kecil kapur makan
Air
Minyak masak

CARA-CARA MEMBUAT KUIH CAKAR AYAM:
Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali.
Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.
Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering.
Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.
Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan.
Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.
Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah.
Gaulkan sehingga rata dan sebati.
Kemudian setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat.
Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.
Akhir sekali sejukkannya.
Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.

Selamat Mencuba

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

1 comments:

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top