RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE.

Spageti juga merupakan makanan yang digemari oleh hampir semua rakyat Malaysia. Di bawah disediakan resepi untuk spageti bolognaise.

BAHAN-BAHAN UTAMA.

250 gm spageti yang telah direbus
Sedikit minyak.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SPAGETI.

175 gm pes tomato puri
200 gm daging yang telah dicincang
1 batang lobak merah dipotong menipis
100 gm sos tomato
2 ulas bawang putih dicincang sehingga halus
2 ulas bawang besar dicincang sehingga halus
100 gm cendawan butang
Gula dan garam mengikut citarasa anda

CARA-CARA MEMASAK SPAGETI.

1) Tumiskan bawang putih dan bawang besar di dalam kuali sehingga naik baunya.
2) Masukkan pes tomato, sos tomato dan daging cincang. Jika terlalu pekat anda boleh menambahkan air sedikit. Gaulkannya sehingga rata.
3) Masukkan cendawan butang dan lobak merah yang telah di cincang tadi.
4) Kemudian masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5) Anda biarkan ia mendidih dan sehingga pekat. Setelah betul-betul pekat anda bolehlah mengangkatnya.
6) Anda bolehlah menghidangkannya bersama spageti anda tadi.

SELAMAT MENCUBA RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top