RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA.

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA.

Bahan-Bahan

  • Ikan Siakap 1 @ 2 ekor.
  • Tepung jagung.
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu.
  • 4 ulas bawang putih dipotong dadu.
  • 2 inci  halia.
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu.
  • Sebiji setengah tomato.
  • Nenas yang dipotong dadu.
  • 2 sudu besar cili yang telah dikisar.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 susu besar sos plum
  • Garam secukupnya.
  • Gula sesedap rasa.

CARA-CARA MEMBUAT IKAN SIAKAP 3 RASA.

  • Gaulkan ikan Siakap tersebut dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Tepung jagung digunakan utk merangupkan lagi ikan tersebut.
  • Goreng ikan tersebut dengan minyak panas. 
  • Keluarkan ikan tersebut dari kuali setelah di goreng dan telah rangup.

CARA-CARA MEMBUAT SOS SIAKAP 3 RASA.

  •  Ambil sos cili, sos tiram, sos tamato dan sos plum dan gaulkannya hingga sebati.
  • Sementara itu tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam minyak yang kita goreng ikan tadi. Tumiskannya sehingga aroma bau nya naik ke seluruh rumah anda.
  • Setelah itu masukkan cili yang telah dikisar tadi hingga pecah minyaknya. 
  • Selepas itu bolehlah dimasukkan sos yang kita telah gaulkan tadi ke dalam kuali.
  • Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Jika terlalu pekat anda bolehlah menambah sedikit air.
  • Apabila kuah dah semakin pekat masukkan lobak merah dan tomato.
  • Kacau sehingga semuanya sebati.
  • Setelah semuanya selesai tuangkan sos ini ke atas ikan Siakap tadi.
Sekian terima kasih.
Admin mendoakan semoga anda berjaya membuat ikan siakap 3 rasa ini.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

2 comments:

  1. Replies
    1. Mestilah sedap sesangat. kalau nak cuba boleh datang rumah..

      Delete

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top