Resepi Paprik Sotong Dan Udang.

Paprik adalah merupakan makanan kegemaran ramai orang. Kebiasaan kita akan mendengar paprik ayam, daging ataupun paprik campur. Kali ini apa kata kita membuat paprik sotong dan udang.

BAHAN-BAHAN:

100 gm udang
100 gm sotong
5 biji bawang putih dikisar halus
10 biji bawang merah dikisar halus juga
5 gm kacang panjang yang dipotong mengikut kesesuaian anda
100 gm kobis
100 gm karot merah
1/2 biji bawang besar
4 sudu cili kering yang telah dikisar
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam

CARA-CARANYA:

  1. Ambil bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumiskannya sehingga menjadi garing.
  2. Setelah garing masukkan sotong dan udang dan biarkan seketika.
  3. Setelah dibiarkan masukkan kacang panjang dan karot merah. Biarkan lebih kurang 2 hingga 3 minit hingga bahan tersebut masak sepenuhnya.
  4. Akhir sekali masukkan daun limau, bawang besar dan garam secukup rasa.
  5. Setelah betul-betul masak bolehlah dihidangkan juadah ini.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top