RESEPI UDANG GORENG MENTEGA

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA

Kebiasaan udang akan dibuat gulai ataupun digoreng begitu sahaja. Kali ini disediakan resepi udang goreng mentega.

BAHAN-BAHAN:
5 @ 6 ekor udang yang telah digoreng terlebih dahulu.
Minyak masak.
2 sudu mentega makan.
1 biji telur
1 sudu susu pekat
2 sudu susu cair
1 batang serai dihiris halus
4 biji cili padi dihiris
2 helai daun kari

CARA-CARANYA:
Masukkan telur, susu cair dan susu pekat ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak bersama mentega. Kacau semuanya hingga kekuningan. Selepas itu ketepikan bahan-bahan ini.
Kemudian goreng serai, cili padi dan daun kari sehingga garing.
Setelah garing angkat dan letakkan ke atas udang yang telah digoreng tadi bersama-sama bahan awal tadi.
Sedia untuk dihidangkan bersama keluarga.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top