RESEPI UDANG SOS LADA HITAM.

RESEPI UDANG SOS LADA HITAM.
Resepi, Resepi Udang, Resep

Udang adalah salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai orang. Tak kira apa masakan pun. Tapi kalau nak sedap lagi udang galah la yang paling best sekali. Udang nie kalau di masak lemak cili api memang the best. Tetapi kali ini kita akan cuba membuat udang sos lada hitam pula. Macam mana rasanya? Cuba buat dulu di rumah dengan resepi yang disediakan di bawah ini.

Bahan:
500 g udang (saiz terpulang pada anda)
3 biji  bawang putih yang telah ditumbuk
1 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis
Minyak masak

Bahan-Bahan Sos Lada Hitam:
1 sudu makan minyak jagung/sayur
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang bombay,hiris halus
1/2 biji bawang benggala merah dipotong 
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
 Sedikit air tepung jagung
2 sudu teh  lada hitam, tumbuk agak kasar
200 ml air
Brokoli yang dipotong kecil 


Cara membuatnya:
Pertama sekali seperti biasa anda bersihkan udang dan toskan.
Gaulkan udang tersebut dengan bawang putih, garam dan air limau nipis. 
Setelah digaul biarkan selama 30 minit.
Kemudian goreng udang tersebut hingga kering. 
Selepas itu toskan minyaknya.

Cara Membuat Sos Lada Hitam

Anda tumiskan bawang putih dan bawang bombay hingga layu dan naik baunya.
Kemudian campurkan semua bahan lainnya dan air. 
Setelah itu didihkan.
Kemuidan campurkan larutan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
Masukkan udang goreng dan brokoli,  didihkan sebentar. 
Setelah itu anda bolehlah mengangkatnya.
Ketika panas memang sedang elok untuk disajikan terus kepada tetamu anda.
tetamu anda pasti tersenyum riang.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top