RESEPI PUDING ROTI KASTARD.

RESEPI PUDING ROTI KASTARD.
Resepi, Resep, Resepi Puding
Google Image
Assalamualaikum semua. Puding roti kastard ramai yang telah merasainya. Puding nie memang sedap dan lazat apabila kita membuatnya dengan cara yang betul tambahan pula sosnya yang lazat menambahkan lagi keenakannya beb. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat puding roti kastard nie.

Bahan-Bahannya:

(Mangkuk 1)

Beberapa keping roti terpulang kepada anda berapa keping.
2 cawan susu segar.
* Siat-siatkan atau carikkan roti dan rendam di dalam susu selama 30 minit.

(Mangkuk 2)

4 sudu besar gula

2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
Esen vanila

Cara-cara Membuatnya:

Pukul semua bahan diatas sehingga sebati
Campurkan kesemua bahan Mangkuk 1 dan 2.  
Anda juga menambah kismis, chip cokelat, ataupun buah-buahan seperti pisang @ strawberry. 
Setelah semuanya sebati bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Setelah benar-benar masak keluarkan dan biarkan ianya sejuk.
Cara-cara Membuat Sos Kastard.
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu tepung kastard

Masakkan semua bahan di atas dengan api yang sederhana besar dan kacau sehingga semuanya sebati. 
Biarkannya sehingga pekat.
Kepekatannya mengikut citarasa anda.
Setelah semuanya siap dan bolehlah dihidangkan. 
Resepi puding roti kastard nie memang mudah dan senang. 
Orang bujang pun boleh buat yang nie. 

Selamat Mencuba


Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

1 comments:

  1. Videoslots.com – youtube, videos, youtube
    The videoslots.com youtube youtube mp3 videoslots.com youtube videoslots.com youtube videoslots.com youtube videoslots.com youtube videoslots.com youtube videoslots.com youtube

    ReplyDelete

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top