RESEPI AYAM MASAK HALIA. |
Bahan-bahannya juga amat senang dan mudah dibuat.
BAHAN-BAHANNYA
1/2 ekor ayam potong ikut suka
1 batang leek. Dikerat pendek dan rendam
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Daun bawang, untuk hiasan
CARA MEMBUAT AYAM MASAK HALIA.
Terlebih dahulu ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata.
Kemudian perapkan ayam tadi 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau harumnya, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering.
Kemudian tuang sos tiram dan digaul rata.
Kemudian masukkan air, kacau dan biarkan mendidih.
Selepas itu masak dengan api kecil hingga ayam menjadi empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan).
Selepas itu kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair.
Masak sekejap dan setelah masak baru boleh matikan api.
Akhir sekali anda boleh tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Ayam masak halia anda telah pun siap untuk hidangan bersama keluarga anda.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment