Siakap Tiga Rasa |
Penulis memang amat-amat menggemari ikan siakap masak tiga rasa ini. kena pulak rasanya ala-ala Thai memang sedap dan lazat. Penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua dengan resepi ikan siakap tiga rasa ini. Mungkin anda semua boleh berbuka dengan resepi siakap tiga rasa ini.
BAHAN-BAHANNYA:
BAHAN-BAHAN 1:
1 ekor ikan siakap
50 gm cili kering *
3 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 sudu sos tomato
Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu.
BAHAN 2:
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 helai daun limau
Nenas dipotong dadu
Garam
Semua bahan-bahan di atas hendaklah dihiris-hiris nipis kecuali garam. Takkan garam pun nak hiris-hiris kan? Hehe...
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Terlebih dahulu anda gorengkan siakap anda hingga garing.
Setelah garing angkat dan letak tepi dahulu.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan 1 tadi dan tumiskan.
Pastikan kuahnya pekat dan mantap.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan 2 tadi.
Garam dimasukkan mengikut kesesuaian dan tahap citarasa anda.
Setelah masukkan kacau dan gaul semuanya di dalam kuali tersebut hingga sebati dan rata.
Setelah benar-benar masak dan naik baunya anda boleh mengangkatnya dan mencurahkan ke atas siakap anda tadi.
Siap pun siakap tiga rasa anda.
Boleh lah mencuba untuk membuat juadah berbuka petang nanti yer...
Selamat Mencuba.
Sedap
ReplyDelete