RESEPI BISKUT SNOW WHITE.

RESEPI BISKUT SNOW WHITE.

Kalau cerita snow white memang la tau kan? Hari nie kita akan cuba membuat biskut snow white la pulak. Kalau snow white tue sudah tentulah cantik, macam nie jugak la biskut nie cantik dan bergaya.

BAHAN-BAHANNYA:
150 gm mentega
5 gm tepung ubi
2 biji kuning telur
100 gm yang telah dibakar dan dikisar halus
300 gm gula kastor
1 cawan serbuk roti

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT SNOW WHITE.
Seperti biasa la kan kalau buat biskut nie dah tentu la pukul mentega dengan gula.
Pukul sehingga putih gebu macam snow white.
Kemudian masukkan telur, tepung dan serbuk badam.
Kacau sekali lagi sehingga adunan menjadi doh.
Canai di atas papan dan tekapkannya mengikut acuan kegemaran anda.
Masukkan ke dalam oven suhu 180 C selama 25 minit.
Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
Sementara itu cairkan coklat masak dan celupkan setengah saja bahagian biskut tadi.
Akhir sekali golekkan biskut tadi ke dalam bekas yang berisi serbuk roti.
Biskut Snow White anda telahpun siap.
Ada rupa macam snow white tak? Hehehe...


SUMBER 
Puan Ainon,
Non cookies, Bukit Kapar
Klang.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top