RESEPI BISKUT MENTEGA KACANG.

 RESEPI BISKUT MENTEGA KACANG.
Resepi, biskut kacang, biskut
Google Image

Biskut mentega kacang salah satu biskut yang popular di kalangan kita. Biskut ini juga boleh dijadikan salah satu hidangan pada hari raya nanti. Resepi-oh-resepi ingin berkongsi dengan anda resepi biskut mentega kacang ini.

BAHAN-BAHANNYA:
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT MENTEGA KACANG:
Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.
Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana.
Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.
Biskut mentega kacang anda telah siap sedia untuk digempurkan. Hehehe...

Selamat Mencuba


SUMBER

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top