Udang memang antara makanan yang digemari oleh ramai orang. Tidak kira samada dimasak atau digoreng. Disini admin ingin berkongsi resepi iaitu resepi udang masak kari.
BAHAN-BAHAN.
- 700 gm udang segar
- 1 sudu besar tomato puri
- Santan kelapa yang pekat sebiji kelapa sahaja
- Kerisik sebanyak 4 sudu
BAHAN UNTUK MEMBUAT REMPAH
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 4 ulas bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
BAHAN UNTUK DIKISAR
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2 labu bawang besar
- 4 biji bawang putih
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Ambil udang dan gorengkannya hingga setengah masak sahaja.
- Tumis segala bahan-bahan rempah di atas sehingga naik bau wanginya. Masukkan puri tomato dan santan dan kacaukannya sehingga kuahnya pekat.
- Kemudian masukkan udang tadi, garam, kerisik dan kacaukannya sehingga sebati.
- Kemudian anda biarkannya dengan api yang sederhana sehingga udang masak dan kuah karinya menjadi pekat.
- Setelah masak keluarkan dan udang masak kari anda telah sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment