RESEPI TAT KEJU.

RESEPI TAT KEJU.

Google Image

Tat keju juga merupakan kuih kegemaran ramai. Kalau setakat tat ajer memang la kurang mendapat sambutan. Apa kata kita membuat tat keju pula pada hari ini.

BAHAN-BAHAN UNTUK BISKUT:
70 gm mentega
170 gm tepung gandum
150 gm gula aising
Asin vanilla

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
100 gm krim keju
4 biji kuning telur
3 biji putih telur
Coklat masak

CARA-CARA MEMBUAT TAT KEJU:
Seperti biasa pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan asin vanilla dan kacau.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sehingga lembut dan menjadi doh.
Selepas itu anda boleh tekap mengikut bentuk acuan yang anda minat.
Untuk intinya pula, anda gaulkan krim keju, kuning telur dan putih telur sekali serentak.
Pukul semuanya hingga sebati.
Kemudian tuangkan ke atas biskut anda tadi.
Sementara itu anda cairkan coklat tadi dan calitkan di atas biskut tadi. Terpulang kepada anda nak calit cmner yer.. Nak buat tanda pangkah ke betul ke atau pun main contengkan ajer.
Akhir sekali masukkan dalam ketuhar pada suhu 190 C selama 25-30 minit.
Pastikan benar-benar masak sebelum anda keluarkannya.
Hidangan kuih tat keju anda telah pun siap.

Selamat Mencuba 

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top