IKAN SIAKAP TIGA RASA.

SIAKAP TIGA RASA.
Google Image
Bila sebut pasal ikan siakap sudah tentunya ramai yang beranggapan harga yang mahal dan ikannya pula kalau dimasak gerenti sedap.

Ikan siakap sememangnya mahal. Kalau di restoran seafood ikan siakap nie memang sedap kalau dimasak tiga rasa, stim, masam manis dan sebagainya. Hari ini resepi akan membawa anda resepi siakap tiga rasa.

BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN-BAHAN 1:
1 ekor ikan siakap
50 gm cili kering  *
3 biji bawang besar  *
2 ulas bawang putih  *
2 cm halia  *
2 sudu sos tomato
Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu.
BAHAN 2:
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 helai daun limau
Nenas dipotong dadu
Garam
Semua bahan-bahan di atas hendaklah dihiris-hiris nipis kecuali garam. Takkan garam pun nak hiris-hiris kan? Hehe...
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Terlebih dahulu anda gorengkan siakap anda hingga garing.
Setelah garing angkat dan letak tepi dahulu.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan 1 tadi dan tumiskan.
Pastikan kuahnya pekat dan mantap.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan 2 tadi.
Garam dimasukkan mengikut kesesuaian dan tahap citarasa anda.
Setelah masukkan kacau dan gaul semuanya di dalam kuali tersebut hingga sebati dan rata.
Setelah benar-benar masak dan naik baunya anda boleh mengangkatnya dan mencurahkan ke atas siakap anda tadi.
Siap pun siakap tiga rasa anda.

Selamat Mencuba.


















Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top