RESEPI KEK PISANG.

RESEPI KEK PISANG.
Google Image

Ramai yang menggemari kek. Kek pisang juga salah satu kek yang popular. Sebut ajer kek pisang pasti ramai yang telah merasainya. Apa kata kita membuatnya dengan resepi kek pisang di bawah ini.

BAHAN-BAHANNYA :
4 biji pisang emas/ awak dipotong nipis dan lenyek kan
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

* Tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat diayak sekali.

CARA-CARA MEMBUAT KEK PISANG:
Blend atau kisarkan gula, telur dan minyak sehingga menjadi warna putih.
Letakkan semua bahan dikisar tadi ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan dikacau hingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan pisang, esen vanilla/ esen pisang dan air limau.
Kacau semuanya hingga sebati.
Setelah itu masukkannya ke dalam loyang dan masakkan ke dalam oven selama 45 minit.
Kek pisang akan berwarna keperangan apabila telah masak.
Untuk memastikan ianya benar-benar masak di dalamnya cuba anda cucuk di bahagian tengah kek menggunakan lidi sate. Jangan lidi penyapu yer!
Setelah benar-benar masak keluarkan dan hidangkan.
Kek pisang anda bikin sendiri telah pun siap...

Selamat Mencuba



SUMBER
















Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top