RESEPI MEE GORENG MAMAK SPECIAL.


Mee Goreng Mamak menjadi tarikan jika berkunjung ke mana-mana restoran mamak. Apa salahnya anda mencuba membuatnya dirumah sendiri.


BAHAN-BAHAN

  • 2 keping tauhu goreng yang dihiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 100 gm daging lembu atau ayam
  • 100 gm udang bersaiz sederhana
  • 1 biji tomato
  • 300 gm kubis
  • 100 gm sawi
  • 500 gm mee kuning
  • 2 biji telur
  • 3 sudu bawang goreng
  • 2 tangkai daun bawang
  • 4 biji limau kasturi
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • Minyak masak

BAHAN-BAHAN SOS
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap hitam
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu gula
* Semua bahan di atas hendaklah digaul sehingga sebati semuanya.

BAHAN-BAHAN PES CILI
  • 6 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu belacan
* Semua bahan-bahan di atas hendaklah dikisar.

CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Panaskan 2 sudu minyak masak tadi dalam kuali hingga pecah minyak. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk. Ini adalah untuk membuat pes cili.
  • Tumiskan bawang besar dan putih hingga berbau wangi di dalam minyak yang panas. Masukkan daging lembu atau ayam dan kacau selama 2 minit. Masuk pes cili dan tauhu dan tumisnya selama 2 minit. 
  • Masukkan sos, udang dan mee dan gorengkan selama beberapa minit.
  • Kemudian ketepikan mee dan masukkan 2 sudu minyak masak dan masukkan telur kacau. Kacau semua bahan sehingga masak dan berbau sedap. 
  • Anda boleh juga menghias dengan bawang goreng dan daun bawang.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top