Kebab ayam memang banyak dijual di pasar-pasar malam. Anda juga boleh membuatnya di rumah tak kira kebab ayam ataupun daging. Disini admin ingin berkongsi membuat kebab ayam.
BAHAN-BAHAN KEBAB AYAM.
- Setengah ekor ayam ambil dagingnya sahaja.
- 1 sudu serbuk saffron.
- 2 biji bawang besar dipotong nipis.
- 2 sudu yogurt.
- 2 sudu serbuk lada hitam.
- 4 biji tomato dibelah 2.
- 1 cawan perahan air limau.
- Garam.
- Lidi.
CARA-CARA MEMBUATNYA.
- Ambil jus limau, garam, lada hitam, safron, bawang besar dan gaulkannya sehingga rata.
- Masukkan ayam dan gaulkan sekali sehingga semuanya bercampur.
- Simpan ayam yang telah di gaul tadi di dalam peti sejuk selama 8-10 jam. Jika anda inginkan semua rempah tadi meresap ke dalam ayam sepenuhnya anda boleh peramkannya lebih lama lagi
- Tetapi jangan lupa sepanjang pemerapannya anda haruslah pusing-pusingkan ayam tersebut sehingga semua bahagian menyerap rempah tersebut.
- Setelah benar-benar sebati ambil isi ayam dan kepal-kepalkannya sambil dicucuk ke lidi.
- Anda bolehlah mulakan memanggang ayam tersebut sehinga benar-benar masak.
0 comments:
Post a Comment