RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Resipi Spaghetti Carbonara Sedap.
Resepi, Resepi Spaghetti Carbonara,
Resipi Spaghetti Carbonara Sedap.Apa kata kita cuba membuat spaghetti carbonara pula. Saya selalu makan spaghetti carbonara nie. Memang sedap kalau dibuat dengan betul. Kalau kita pakai prego pasta sauce carbonara mushroom lagi bertambah senang dan mudah. Makan spaghetti carbonara nie dengan anak-anak memang gerenti cepat habis la walaupun kita buat banyak.
Bahan-bahan membuat carbonara spaghetti :

Minyak zaitun
1/2 bawang besar dipotong berbentuk dadu
5 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
2 dada ayam besar dipotong berbebntuk dadu dan kecil-kecil
1 botol besar susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 biji telur terpulang kalau taknak pakai pun takpe
Parmesan cheese yg nie pun terpulang pada anda
Garam 
1 paket spaghetti direbus sehingga empuk

Cara-cara membuat spaghetti carbonara :

Pertama sekali panaskan minyak zaitun.
Setelah panas masukkan bawang besar dan biarkan sehingga benar-benar masak.
Goreng sehingga garing dan jangan sampai hangus pula.
Masukkan pula bawang putih kacau sehingga naik bau wanginya.
Kemudian masukkan pula ayam yang telah dipotong kecil-kecil bentuk dadu tadi.
Setelah ayam benar-benar masak dan empuk barulah masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
Masukkan pula 1 botol susu full cream dutch lady dan kacau.
Setelah itu masukkan lada hitam dan daun basil.
Biarkan seketika sehingga semua bahan tersebut sebati dan mereneh.
Setelah spaghetti anda benar-benar masak, tuangkan saja kuah carbonara ke dalamnya.
kalau boleh masakkan sekali spagheti dengan kuahnya barulah kuahnya dapat meresap ke dalam spageti anda.
Waktu rebusan terpulang kepada anda tapi jangan terlalu lembut.
Sebaik-baiknya air rebusan spagetti tadi jangan terus dibuang kerana kita akan mencampurkannya ke dalam sos supaya ianya akan bertambah pekat.
Tapi sebaik-baiknya kepekatan kuahnya bergantung pada anda sendiri.
Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.
Selepas itu masukkan garam pula sehingga spagetti anda benar-benar masak.
Setelah benar-benar masak tutup api baru anda masukkan telur untuk menambahkan rasa lemaknya dan kacau hingga sebati dan rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese (kalau takde pun takpe yer)

Sudah siap pun spaghetti carbonara anda yang sedap, lazat dan mantap. Bila weekend jer semua ada di rumah bolehlah dihidangkan. Makan ramai satu keluarga memang best.. Tak sedap pun mesti rasa sedap bila makan ramai-ramai nie...

RESEPI ROTI JALA.

RESEPI ROTI JALA.
Resepi Tradisional, Resepi Roti Jala, Resepi Roti
RESEPI ROTI JALA.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi nie kita akan cuba membuat resepi roti jala. Jika ikut resepi nie inshaAllah roti jala akan sentiasa lembut dan sedap hingga ke malam. Kebanyakan roti jala yang kita beli tidak kekal lama lembutnya kerana ia akan mudah keras. Resepi roti jala di bawah ini akan menjadikan roti jala anda akan kekal lembut sehingga malam. Mari kita baca resepinya di bawah.

Bahan-bahan roti jala:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat roti jala:

Pertama sekali ambil semua bahan-bahan diatas dan blendkan hingga sebati. 
Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. 
Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala 
Sebaik-baiknya gunakan kuali non stick supaya tidak melekat. 
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. 
Kalau dah masak terus di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan apa-apa kuah pun. saya paling suka cecah dengan kuah kari ayam.
Setelah siap boleh lah dihidangkan bersama keluarga anda ataupun kepada tetamu anda.

RESEPI CHOCOLATE LASAGNA.

RESEPI CHOCOLATE LASAGNA.
Resepi lasagna, Resepi, RESEPI CHOCOLATE LASAGNA.

Ramai di antara kita pernah merasai chocolate lasagna nie. Tak kira la apa jenis lasagna pun. Lasagna nie juga merupakan salah satu jenis pasta. Ada yang panggil pasta dan ada juga yang panggilnya lasagna. Hari ini kita akan mencuba resepi terbaru iaitu resepi chocolate lasagna. Mari kita pelajari membuat chocolate lasagna nie.

Bahan-Bahan A: 

36 ketul oreo dikisar termasuk krimnya sekali 
6 sudu besar butter yang telah dicairkan 

* Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata dan letakkan tepi dahulu.

Bahan-Bahan B: 

200 gm cream cheese 
1 cawan non-dairy whipping cream 
100 gm gula kastor @ gulas aising
2 sudu besar susu segar 

Cara-Cara: 1. 

Pukul cream cheese sehingga ianya betul-betul lembut.
Masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu. 
Kemudian masukkan pula susu segar dan pukul hingga sebati. 
Selepas itu ketepikan dahulu. 
Kemudian pukul non-dairy whipping cream hingga kental di dalam bekas yang berlainan, 
Selepas itu campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. 
Akhir sekali masukkan ke dalam piping bag. 

Bahan-Bahan C (CHOCOLATE COCONUT PUDDING)

1/4 cawan tepung jagung 
1/2 cawan gula kastor 
1/8 tsp garam 
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat 
185 gm dark chocolate, dicincang 
1 tsp esen vanilla 
1 tbsp serbuk koko 

Cara-Cara: 

Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. 
Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. 
Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit). 
Anda boleh guna hand whisk 
Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding benar-benar kental. 
Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla dan kacau sehingga rata. 
Sejukkan dan ketepikan. 

* Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul. 

Cara Melapis: 

Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan. 
Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 
Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan. 
Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya. 
Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat. 
Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati. 

Chocolate lasagna anda telah pun siap. Anda bolehlah menghidangnya untuk para tetamu yang hadir ke rumah anda. Kalau tak pun hidangan untuk seisi keluarga anda pun boleh juga. Gerenti cepat habis kerana chocolate lasagna nie memang terbaik dan sedap. Lagipun ianya amat senang di buat.

Selamat Mencuba.

Oleh : rasarempah

RESEPI GARLIC BREAD

RESEPI GARLIC BREAD.
Resepi, Resepi Garlic Bread,
Garlic Bread
Photo From realmomkitchen.com
Sudah pasti ramai yang pernah merasai garlic bread nie kan? Garlic bread nie memang menjadi salah satu kegemaran ketika makan di pizza hut. Mari kita cuba membuatnya sendiri.

Bahan-Bahannya:


Roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
Parsley kering secukupnya

Cara-Cara Membuat Garlic Bread:


Ambil bawang putih bersihkan dan balut dengan aluminium foil kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar suhu 180 C selama lebih kurang 10 hingg 15 min. Sebaik-baiknya biarkan lah selama 15 min.

Setelah 15 min keluarkan dari oven ketuk-ketukkan aluminium foil itu sehingga bawang di dalamnya hancur.

Kemudian setelah hancur keluarkan dan anda bolehlah campurkan dengan mentega.

Selepas itu masukkan mentega tersebut ke dalam oven untuk mencairkannya. Setelah cair anda bolehlah menyapukannya pada roti france anda.

Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan boleh menyimpannya seminggu hingga ke 2 minggu.

Roti France tersebut anda hendaklah memotongnya sebelum anda menyapunya dengan garlic butter anda tadi. Ketebalan roti mengikut kreativiti anda sendiri. Kebiasaannya ketebalan tidak melebihi 10mm.


Setelah dipotong dan disapu dengan garlic butter tadi anda bolehlah menaburkan daun parsley.

Akhir sekali masukkannya ke dalam oven sehingga benar-benar masak. Sebaik2 nya suhu 150C dan biarkan dalam oven 10-15 minit.

Keluarkan dan sejukkan.

Siap sudah garlic bread anda.

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA SEDAP.

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA SEDAP.
Resepi, Resepi Udang
Google Image
Resepi udang mentega juga merupakan masakan yang popular di kalangan kita. Kebiasaannya apabila di goreng sememangnya sedap apatah lagi udang galah. Kali ini kita akan mencuba resepi udang yang di goreng dengan mentega. Tentu lagi sedap.

Bahan-Bahannya:

500g udang besar

4 ulas bawang putih (cincang)
2 batang daun kari
2 biji kuning telur
3 sudu besar butter
3/4 cawan susu cair
Garam 
Gula

Cara-Cara:

Goreng separuh masak udang dlm minyak yang panas dlm 3 minit, kemudian angkat.
Masukkan satu sudu butter dgn sedikit minyak. 
Biarkan sehingga dapur betul2 panas baru masukkn kuning telur. Kacar sehingga menjadi rambu. Angkat dan sejat minyak yang lebih.
Panaskan 2 sudu butter, kemudian tumis bawang putih dgn daun kari sehingga naik bau. 
Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula secukupnya. Kacau hingga sebati.
Masukkan udang kedalam bahan-bahan tadi dan kacau selama 2 minit.
Angkat dan letakkan rambu telur tadi diatas udang.
Siap untuk dihidang dengan nasi yang nasi panas.

RESEPI KEK MENTEGA KURMA SEDAP.

RESEPI KEK MENTEGA KURMA SEDAP.
Resepi, Resepi Kek,

Sememangnya kita selalu mendengar kek butter atau kek mentega. Kali ini kita akan cuba membuat kek butter dengan kurma yang sedap. Kurma sememangnya adalah makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Lagipun pelbagai khasiat dan kaya dengan bermacam-macam vitamin dan serat.

Sila baca resepi di bawah ini.

Bahan-Bahannya:

250gm mentega

250gm gula castor (gula halus)
250gm tepung gandum 
1 sudu serbuk penaik
4 biji telur 
4 senduk besar susu cair
1 1/2 sudu esen vanilla
Buah kurma yang telah dibuang bijinya

Cara-Cara Membuatnya:

Pertama sekali ambil butter dan campurkan dengan gula.
Pukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Selepas itu masukkan pula esen vanilla.
Kemudian anda masukkan pula serbuk penaik, tepung gandum dan susu cair.
Pukul kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan sekata.
Seterusnya masukkan semua bahan tersebut ke dalam loyang.
Pastikan anda sapukan loyang dengan mentega sebelum memasukkan bahan-bahan di atas.
Dan akhir sekali bolehlah anda toping di atasnya dengan buah kurma.
Masukkan ke dalam oven temp. 180 C.
Bakar selama 40 hingga 50 minit @ sehingga benar-benar masak.
Kek butter kurma anda telahpun siap untuk hidangan seisi keluarga.

Selamat Mencuba.


RESEPI KEK CHEESE COKLAT.

RESEPI KEK CHEESE COKLAT.
Resepi, Resep, RESEPI KEK CHEESE COKLAT.
Google Image
Kek cheese sememangnya sedap dan lazat. Kali ini kita menyediakan kek cheese yang di campurkan dengan coklat. Memang sedap kerana apabila cheese bercampur dengan coklat akan menambahkan lagi kesedapannya dan kelazatannya.

Dibawah ini disediakan resepi untuk membuat kek cheese coklat yang sedap dan lazat.


Bahan A

1 cawan gula
1 cawan susu cair 
1 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak untuk memasak.


Cara-caranya:

Semua bahan diatas campur semuanya dan masakkannya di atas api. 
Kacau sampai sebati sehingga masak 
Setelah masak tutup api,  ketepikan dan biarkan sejuk

Bahan B

3biji telur 1cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya


Pukul telur sehingga kembang dan naik gebu.
Kemudian masukkannya ke dlm bahan A dan kacau hingga sebati.
Selepas itu masukkan pula tepung naik sendiri dan kacau hingga sebati dan boleh lah dikukus separuh dulu.
Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas kertas.  
Biarkan ia dikukus sehingga betul-betul masak.

* Jangan dituang kesemuanya kerana baki akan diletakkan semula ke atas cheese.

Bahan-bahannya untuk cheese.


250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-caranya: 


Pukul kesemua bahan diatas kecuali telur sampai kembang dan gebu.
Kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
Setelah coklat yang dikukus tadi dah masak,  masukkan cheese sampai habis.
Masukkan semula lagi sampai masak siap dan masukkan pula baki coklat tadi dan kukus lagi sampai masak. Setelah masak keluarkan dan sejukkannya.

SUMBER

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top