BAHAN_BAHAN.
- 1 kg udang
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- Garam mengikut sukatan anda
- Gula juga mengikut sukatan anda
- 250 gm cili kering yang dikisar terlebih dahulu
CARA-CARA MEMASAK.
- Pertama sekali tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik baunya dan berwarna kekuningan.
- Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar hingga pecah minyak.
- Sesudah anda nampak cili sebati dengan minyak masukkan udang.
- Anda boleh memasukkan gula dan garam sambil merasakan sendiri mengikut citarasa anda.
- Setelah masak angkat dan sejukkan.
- Udang masak pedas anda telah sedia untuk dihidangkan.
Semoga Berjaya.
No comments:
Post a Comment