RESEPI UDANG MASAK PEDAS.

Bagi penggemar makan udang. Disini disediakan resepi udang masak pedas. Lagi pedas lagi sedap kan?

BAHAN_BAHAN.

  • 1 kg udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Garam mengikut sukatan anda
  • Gula juga mengikut sukatan anda
  • 250 gm cili kering yang dikisar terlebih dahulu


CARA-CARA MEMASAK.

  • Pertama sekali tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik baunya dan berwarna kekuningan.
  • Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar hingga pecah minyak.
  • Sesudah anda nampak cili sebati dengan minyak masukkan udang.
  • Anda boleh memasukkan gula dan garam sambil merasakan sendiri mengikut citarasa anda.
  • Setelah masak angkat dan sejukkan.
  • Udang masak pedas anda telah sedia untuk dihidangkan.

Semoga Berjaya.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top