RESEPI BISKUT COKLAT PRETZEL.

RESEPI BISKUT COKLAT PRETZEL. 
Resepi, RESEPI BISKUT COKLAT PRETZEL, Resepi Biskut Raya

Kali ini kita akan cuba buat biskut coklat pretzel. Biskut coklat pretzel nie memang sedap dan lazat kerana biskut pretzel ini telah di campur dengan coklat. Mari kita baca resepi biskut coklat pretzel ini.

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT
10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara-Cara Membuatnya: 








Ambil mentega dan campurkan gula aising dan telur sekaligus.
Pukul semua bahan-bahan tersebut sehingga kembang dan sebati.
Kemudian campur dan gaulkan dengan susu UHT, gula kastor, tepung dan serbuk koko.
Selepas itu ambil beg aising cuba anda bentukkan seperti di dalam gambar di atas.
Kemudian boleh lah di masukkan ke dalam ketuhar sehingga ianya benar-benar masak.
Setelah benar-benar keluarkan dan simpan di dalam peti sejuk untuk seketika.
Akhir sekali anda boleh lah mulakan mencelup biskut pretzel anda dengan coklat cair.
Jika anda ingin lebih berseri anda boleh menambahkan topping seperti kacang badam dan sebagainya ikut citarasa anda.
Biskut pretzel coklat anda telah pun siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.


KREDIT     

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top