Google Image
Kepah sememangnya sedap dan lazat. Pelbagai jenis-jenis masakan boleh dibuat dengan kepah ini seperti kepah goreng berlada, kepah masak stim dan kepah kukus. Hari ini resepi akan membawa anda resepi kepah kukus.BAHAN-BAHANNYA:
20 ekor kepah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
50 ml sos ikan
40 ml pati ayam
Garam
Cili merah untuk hiasan
Beberapa helai daun ketumbar
CARA-CARA MEMBUAT KEPAH KUKUS.
Cincang halus-halus bawang putih dan cili api.
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar dan cili merah kerana hanya digunakan sebagai hiasan sahaja.
Setelah dicampurkan kesemuanya rata, sebati semua bahan-bahan tersebut tuangkan ke atas kepah.
Biarkannya seketika hingga kesemua ramuan tersebut sebati dengan kepah.
Selepas itu anda bolehlah masukkannya ke dalam alat pengukus anda.
Biarkannya sehingga betul-betul masak kepah anda itu.
Setelah masak keluarkannya dan hiaslah dengan daun ketumbar dan cili merah.
Kepah kukus anda telah pun siap untuk hidangan anda sekeluarga.
Selamat Mencuba.
SUMBER Majalah Rasa
0 comments:
Post a Comment