RESEPI BISKUT BADAM PELANGI.

RESEPI BISKUT BADAM PELANGI.



Biskut badam pelangi memang jarang ditemui hidangan hari raya. Biskut ini juga merupakan kegemaran ramai orang terutamanya badam yang ditabur coklat di atasnya dan berbentuk pelangi. Resepi-oh-resepi ingin berkongsi dengan anda resepi biskut badam pelangi ini.

BAHAN-BAHANNYA:
100 gm mentega
200 gm gula aising
150 gm tepung gandum
Aisin vanilla.
Badam yang telah dibakar
Coklat urai - hiasan
Coklat cair

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT BADAM PELANGI:
Anda dikehendaki terlebih dahulu memukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
Kemudian masukkan tepung gandum dan aisin vanilla.
Gaulkan sehingga sebati.
Setelah gaul ambil sedikit dan jadikannya bulat-bulat.
Ambil sebiji badam dan letakkan di tengah adunan yang berbentuk bulat itu.
Masukkan ke dalam oven selama 15 - 20 minit
Suhu 160 C.
Setelah benar-benar masak keluarkan dan sejukkannya.
Setelah sejuk celupkannya ke dalam coklat cair dan taburkan coklat urai sebagai topping di atasnya.
Biskut badam pelangi telah pun siap untuk di serang oleh tetamu.

Selamat Mencuba


SUMBER:
Majalah Seri Dewi & Keluarga
Ogos 2010


Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top