RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI.

RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI.

Google Image

Kebiasaan kita mendengar rendang ayam ataupun rendang daging. Rendang ikan kalau dibuat menggunakan ikan tenggiri memang sedap dan lazat. Rendang ikan tenggiri juga akan membuatkan makan malam kita akan lebih seronok.

BAHAN-BAHANNYA :
6 keping ikan tenggiri
1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
3 helai daun limau purut dihiris halus-halus
2 keping asam gelugur
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in lengkuas*
10 biji cili api siam*
2 batang serai*
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari
Garam
Gula
* Semua bahan-bahan yang bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu.

CARA-CARA MEMASAK RENDANG IKAN TENGGIRI : 
Terlebih dahulu ikan tenggiri tersebut hendaklah dilumur dengan kunyit dan sedikit garam.
Setelah dilumur ikan tenggiri itu digoreng dan diangkat setelah masak.
Kemudian masukkan semua bahan yang dikisar tadi dan tumiskan sehingga naik wanginya.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan serbuk kari.
Kacau sehingga naik minyaknya.
Kemudian anda masukkan santan, asam gelugur dan kerisik. Gaul sehingga semuanya rata.
Masukkan ikan, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat kuahnya.
Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda..

Selamat Mencuba.



SUMBER GAMBAR DAN ARTIKEL





 


Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top