RESEPI PANCAKE.

RESEPI PANCAKE.
Google Image

Pancake adalah sejenis kuih yang bulat, nipis dan rata. Pancake banyak menggunakan bahan pengembang seperti baking powder. Pancake juga boleh dibuat dengan pelbagai jenis topping seperti buah, chocolate chips, daging dan berbagai lagi. Kita akan belajar membuat resepi pancake pada hari ini.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT PANCAKE.
6 biji telur
600 gm susu segar
50 gm mentega
240 gm tepung gandum
5 gm esen vanilla
Garam

CARA-CARA MEMBUAT PANCAKE.
Mula-mula cairkan mentega.
Selepas itu masukkan mentega yang cair itu ke dalam mangkuk yang berisi telur, susu segar, esen vanilla dan kacau hingga sebati.
Masukkan garam mengikut sukatan anda. Kalau boleh jangan terlalu banyak cuma 3 gm sahaja.
Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
Masakkan di atas kuali yang leper.
Setelah masak anda boleh juga hidangkan bersama dengan sos oren.
Pancake anda telah pun siap.

Selamat Mencuba.




Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top