RESEPI LONTONG.

Google Image

RESEPI LONTONG.

Ramai penggemar lontong nie sebenarnya. Apa kata anda cuba sendiri membuatnya di rumah. Di sini admin ingin berkongsi kepada anda semua cara-cara membuat lontong.

BAHAN-BAHAN.
  • 500 gm beras yang telah direndam selama lebih kurang 12 jam.
  • 10 helai daun pisang batu.
  • 20 batang lidi pencucuk.

CARA-CARA MEMBUAT :
  • Anda masukkan beras yang telah direndam tadi ke dalam daun pisang yang telah di gulung.
  • Ikat kedua-dua hujung daun tadi menggunakan lidi.
  • Rebus sehingga masak anggaran 4 ke 5 jam.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LODEH.

BAHAN-BAHAN.
  • 3 biji bawang besar
  • 5 sudu minyak masak
  • 5 gm belacan
  • 20 gm cili api
  • 4 batang serai yang telah di ketuk
  • 50 gm kacang panjang
  • 50 gm pucuk
  • 50 gm soo hon
  • 2 biji cili merah
  • 1 batang karrot merah
  • 100 gm kubis bulat
  • 100 gm udang kecil
  • 500 ml air
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 kg santan
  • 1 bungkus tempe
  • 2 keping tauhu dipotong dan di goreng dahulu
  • Garam dan serbuk perasa
CARA-CARA MEMBUAT KUAH LODEH.
  • Blender belacan, kunyit, cili api dan bawang merah serentak.
  • Setelah hancur tumiskan nya hingga naik bau wanginya.
  • Masukkan udang dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan semua jenis-jenis sayuran yang kita sediakan tadi termasuk temper dan tauhu sekali.
  • Setelah semua dimasukkan akhir sekali anda boleh la masukkan santan.
  • Setelah semuanya selesai barulah anda masukkan garam dan bahan perasa mengikut citarasa anda sendiri.
  • Jika anda ingin menambahkan kelazatan lagi boleh lah anda masukkan telur yang telah di rebus.
  • Lontong telah siap dihidangkan.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top