Google Image
Kek coklat sememangnya menjadi kegemaran anak-anak termasuk juga golongan dewasa. Kek yang disaluti coklat apatah lagi jenis kek coklat kukus memang lah menjadi tarikan ramai orang dan sedap. Di bawah ini resepi kek coklat kukus sedap:
Bahan-bahan untuk membuat kek:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara membuat kek kukus coklat sedap:
Sebelum itu ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Kemudian pukul telur sampai kembang dan campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan semua adunan tepung.
Selepas itu gaulkan semua bahan tadi hingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan.
Anda harus menutup acuan tadi dengan aluminium foil.
Aluminium foil digunakan supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek nanti.
Bahan-bahan untuk membuat topping.
150 g coklat masakan
15 g butter
Cara-cara
Kacau sehingga sebati dan kemudian tambahkan butter.
Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.
Curahkan secara perlahan-lahan agar semua coklat tadi rata di atasnya.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment