RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK STIM.

Bagi sesiapa yang meminat masakan selain goreng dan gulai, anda boleh mencuba resepi di bawah ini iaitu resepi ikan kembung masak stim.

BAHAN_BAHAN
1 ekor ikan kembung kalau boleh bersaiz besar dan padat isinya.
3 ulas bawang putih dicincang terlebih dahulu
1 cm halia dicincang
5 biji cili api dititik terlebih dahulu
3 batang serai yang telah dilenyek @ diketuk
1 biji tomato dipotong 4
2 biji asam boi
1 biji limau yang telah diperah
1/2 sudu ajinomoto
130 ml air
Garam dan gula mengikut sukatan anda

CARA-CARA MASAK
Panaskan air terlebih dahulu sehingga betul-betul mendidih.
Setelah mendidih masukkan ikan kembung dan tutup periuk sehingga ikan itu benar-benar telah masak.
Masukkan limau nipis dan asam boi.
Masukkan garam dan gula mengikut kesedapan anda sendiri.
Selepas itu masukkan halia, cili api, serai bawang putih dan tomato.
Biarkan sehingga semuanya masak angkat dan biarkan sejuk.
Hidangan ikan kembung masak stim anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan bersama keluarga tercinta.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top