RESEPI BISKUT MOCHA NESTUM.

RESEPI BISKUT MOCHA NESTUM.

Biskut Mocha Nestum

Nestum juga boleh digunakan untuk dicampur ke dalam adunan biskut. Kanak-kanak memang menggemari nestum ini. Biskut Mocha Nestum ini juga boleh dihidangkan sempena hari raya yang akan datang. Di bawah ini disediakan resepi biskut mocha nestum.

BAHAN-BAHANNYA:
150 gm mentega
100 gm gula kaster
1 biji telur
80 gm nestum
100 gm oat dibakar terlebih dahulu
1 biji putih telur
1 sudu minyak sapi
Coklat yang telah di masak - digunakan untuk membuat topping
Badam cincang - untuk ditabur ke atas coklat masak

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT MOCHA NESTUM:
Seperti permulaan setiap biskut mestilah dipukul marjerin dan gula.
Pukul sehingga sebati dan kembang putih gebu.
Kemudian masukkan telur, oat, minyak sapi dan nestum.
Kacau semua bahan-bahan tersebut sehingga rata dan sebati.
Selepas itu anda boleh membentuknya mengikut acuan yang anda minat.
Setelah di bentuk anda bolehlah membuat topping dengan menyapukan putih telur dan coklat masak di atasnya.
Akhir sekali taburlah badam yang dicincang di atas coklat tadi.
Taburlah seberapa banyak anda nak..terpulanglah kepada anda.
Masukkan ke dalam oven pada suhu 190 C selama lebih kurang 25 hingga 30 minit.
Pantau sehingga betul-betul masak dan jangan sampai ianya rentung. Hehehe...
Biskut Mocha Nestum telah pun siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top