RESEPI RENDANG AYAM.

RENDANG AYAM

Setiap kali menjelang raya boleh dikatakan rendang ayam ataupun daging adalah merupakan menu yang paling utama hampir semua rumah.

Di bawah ini adalah resepi rendang ayam yang sedap dan lazat.

BAHAN A.

4 ulas bawang merah
100 gm lengkuas
100 gm halia
10 gm ketumbar (digoreng tanpa minyak)
10 gm jintan halus (digoreng tanpa minyak)
4 batang serai

BAHAN B

1 ekor ayam pencen (ayam dipotong 8 bahagian dan rebus ayam terlebih dahulu selama 30 minit)
1 kg santan
100 gm kerisik
10 gm minyak masak
3 helai daun limau
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
1 sudu serbuk kari
Garam dan serbuk perasa

CARA-CARA MEMBUAT RENDANG AYAM.

1 ) Kisar bahan A dan tumis sehingga wangi. Masukkan ayam, daun limau purut, daun kunyit dan asam keping.
2) Kemudian masukkan santan, kerisik, serbuk perasa, serbuk kari dan juga garam mengikut citarasa anda. Akhir sekali kacau sehingga agak pekat dan masak.

SELAMAT MENCUBA RESEPI RENDANG AYAM.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top