RESEPI KEBAB AYAM.

Google Image



Kebab ayam memang banyak dijual di pasar-pasar malam. Anda juga boleh membuatnya di rumah tak kira kebab ayam ataupun daging. Disini admin ingin berkongsi membuat kebab ayam.


BAHAN-BAHAN KEBAB AYAM.
  • Setengah ekor ayam ambil dagingnya sahaja.
  • 1 sudu serbuk saffron.
  • 2 biji bawang besar dipotong nipis.
  • 2 sudu yogurt.
  • 2 sudu serbuk lada hitam.
  • 4 biji tomato dibelah 2.
  • 1 cawan perahan air limau.
  • Garam.
  • Lidi.

CARA-CARA MEMBUATNYA.
  • Ambil jus limau, garam, lada hitam, safron, bawang besar dan gaulkannya sehingga rata.
  • Masukkan ayam dan gaulkan sekali sehingga semuanya bercampur.
  • Simpan ayam yang telah di gaul tadi di dalam peti sejuk selama 8-10 jam. Jika anda inginkan semua rempah tadi meresap ke dalam ayam sepenuhnya anda boleh peramkannya lebih lama lagi
  • Tetapi jangan lupa sepanjang pemerapannya anda haruslah pusing-pusingkan ayam tersebut sehingga semua bahagian menyerap rempah tersebut.
  • Setelah benar-benar sebati ambil isi ayam dan kepal-kepalkannya sambil dicucuk ke lidi.
  • Anda bolehlah mulakan memanggang ayam tersebut sehinga benar-benar masak.

No comments:

Post a Comment