RESEPI UDANG MASAK KARI.

RESEPI UDANG MASAK KARI.

Udang memang antara makanan yang digemari oleh ramai orang. Tidak kira samada dimasak atau digoreng. Disini admin ingin berkongsi resepi iaitu resepi udang masak kari.

BAHAN-BAHAN.

  • 700 gm udang segar
  • 1 sudu besar tomato puri
  • Santan kelapa yang pekat sebiji kelapa sahaja
  • Kerisik sebanyak 4 sudu
BAHAN UNTUK MEMBUAT REMPAH
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 4 ulas bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
BAHAN UNTUK DIKISAR
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang putih
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Ambil udang dan gorengkannya hingga setengah masak sahaja.
  • Tumis segala bahan-bahan rempah di atas sehingga naik bau wanginya. Masukkan puri tomato dan santan dan kacaukannya sehingga kuahnya pekat.
  • Kemudian masukkan udang tadi, garam, kerisik dan kacaukannya sehingga sebati.
  • Kemudian anda biarkannya dengan api yang sederhana sehingga udang masak dan kuah karinya menjadi pekat.
  • Setelah masak keluarkan dan udang masak kari anda telah sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment