Ikan siakap sememangnya mahal. Kalau di restoran seafood ikan siakap nie memang sedap kalau dimasak tiga rasa, stim, masam manis dan sebagainya. Hari ini resepi akan membawa anda resepi siakap tiga rasa.
BAHAN-BAHANNYA:
BAHAN-BAHAN 1:
50 gm cili kering *
3 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 sudu sos tomato
BAHAN 2:
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 helai daun limau
Nenas dipotong dadu
Garam
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Setelah garing angkat dan letak tepi dahulu.
Selepas itu masukkan semua bahan-bahan 1 tadi dan tumiskan.
Pastikan kuahnya pekat dan mantap.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan 2 tadi.
Garam dimasukkan mengikut kesesuaian dan tahap citarasa anda.
Setelah masukkan kacau dan gaul semuanya di dalam kuali tersebut hingga sebati dan rata.
Setelah benar-benar masak dan naik baunya anda boleh mengangkatnya dan mencurahkan ke atas siakap anda tadi.
Siap pun siakap tiga rasa anda.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment