RESEPI AYAM MASAK HALIA.

 RESEPI AYAM MASAK HALIA.


Google Image

Amat jarang kita dengar ayam masak halia kan? Kali ini resepi akan membawa anda ke satu resepi baru iaitu resepi ayam masak halia. Mari kita sama-sama mencubanya.

BAHAN-BAHANNYA
1/2 ekor ayam potong ikut suka
1 batang leek. kerat pendek dan rendam
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
Terlebih dahulu ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau harumnya, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata.
Kemudian masukkan air, kacau dan biar mendidih.
Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan).
Selepas itu kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api.
Akhir sekali anda boleh tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Ayam masak halia anda telah pun siap untuk hidangan bersama keluarga anda.


Selamat Mencuba

SUMBER

No comments:

Post a Comment