RESEPI PAPA ROTI / MEXICAN BUN / ROTI KOPI

RESEPI PAPA ROTI / MEXICAN BUN / ROTI KOPI.


Google Image

Assalamualaikum semua. Bila sebut aje papa roti atau roti bun mesti dah pernah cuba betul kan? Kalau pergi ke Jusco mesti ada shop lot papa roti nie. Selain nama papa roti ia juga dikenali sebagai mexican bun ataupun roti bun. Memang sedap papa roti nie. Mari kita cuba pula resepi papa roti ini yer.
 

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DOH ROTI.
500 gm tepung roti diayak terlebih dahulu
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener  
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
* Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan dengan shortening
250 ml susu segar
60 gm mentega

BAHAN-BAHAN MEMBUAT INTI PAPA ROTI.
200 gm mentega 
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

CARA-CARA MEMBUAT INTI PAPA ROTI.
Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.  
Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

BAHAN-BAHAN MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.
100gm mentega 
80 gm gula aising
2 biji telur
1 sudu besar nescafe dicampur sedikit air panas
100 gm tepung gandum yang telah diayak

CARA-CARA MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.
 
Putar mentega selama 5 minit.
Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (Nescafe nie digunakan untuk menaikkan aromanya)
Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati dan ketepikan dahulu sementara waktu

CARA-CARA MEMBUAT PAPA ROTI.
Tepung, gula dan garam digaul di dalam mangkuk hingga sebati. Masukkan yis, bread improver dan softener dan digaul rata sekali lagi.
Masukkan telur & susu segar dan gaulkannya sehingga rata.
Anda boleh la menguli doh anda.
Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin.. 
Biarkan doh anda seketika dan biarkan sehingga kembang. Jadikan doh anda berbentuk bulat atau mana-mana yang anda suka.
Selepas itu ambil sebiji doh & leperkan atasnya sikit. Masukkan inti tadi dan tutup semula dengan doh anda itu.
Masukkan doh yg telah dibubuh inti tadi di atas loyang pembakar yang telah diletak bawahnya dengan mentega.
Biarkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba.. 
Selepas 45 minit, letakkan topping di atas roti yg telah kembang tu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C  selama 15 minit atau bun keperangan. 
Papa roti anda telahpun siap untuk dihidangkan.
Tak perlu pergi ke Jusco nak beli papa roti lagi dah lepas nie. Hehehe...

Kredit kepada Nuri. 

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top