Google Image
Kali ini resepi oh resepi ingin berkongsi dengan anda semua mengenai resepi kuih putu kacang. Kuih putu kacang ini memang sedap dan lazat. Kuih putu kacang ini dapat kita lihat semasa musim perayaan seperti hari raya. Marilah kita sama-sama membuat berpandukan resepi kuih putu kacang di bawah ini.
BAHAN_BAHANNYA:
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan air
CARA-CARA MEMBUAT KUIH PUTU KACANG:
Gaulkan kedua-duanya sehingga anda boleh mengepalnya dan tidak mudah pecah.
Kemudian anda masukkan ke dalam acuannya dan tekan sehingga padat.
Terlebih dahulu acuan tersebut hendaklah diembunkan dahulu sebelum dituangkan adunan kerana ini akan menyenangkan kuih anda dari acuan tersebut.
Buangkan lebihan adunan tersebut di atas acuan tersebut dan ratakannnya.
Setelah benar-benar padat keluarkan dengan cara mengetuk perlahan-lahan acuan tadi.
Akhir sekali setelah dikeluarkan anda haruslah menjemurnya sehingga kering.
Hidangan kuih putu kacang anda telah pun siap.
Senang kan?
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment