Google Image
Biskut mocca sudah tentunya sedap dan lazat. Kali ini resepi oh resepi ingin berkongsi resepi biskut mocca yang disaluti dengan coklat di atasnya.
BAHAN-BAHANNYA:
200 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu nescafe
Esen vanilla
90 gm pistachio - bakar dan dikisar halus
300 gm tepung gandum
CARA-CARA MEMBUAT BISKUT COKLAT MOCCA:
Pukul sehingga sebati dan kembang.
Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.
Pukul lagi hingga serata.
Selepas itu masukkan tepung gandum, kacang yang telah dikisar halus tadi dan nescafe ke dalam adunan.
Gaul dan jadikan doh.
Setelah diuli hingga sebati semuanya anda boleh membentuknya mengikut bentuk kegemaran anda samada berbentuk bulat, bulan sabit atau sebagainya.
Bakar di dalam oven selama 20 hingga 30 minit bergantung kepada tahap masaknya.
Suhu oven 170 C.
Setelah benar-benar masak keluarkan dan sejukkan.
Sementara menunggunya sejuk anda cairkan coklat.
Coklat cair ini akan dicurahkan ke atas biskut yang telah masak itu sebagai topping.
Manakala jika anda inginkannya lagi sedap taburkan kacang pistachio yang halus ke atas coklat tadi.
Mesti tambah menarik kan?
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment