RESEPI KEK PISANG CIP WALNUT.

RESEPI KEK PISANG CIP WALNUT.
Google Image

Bila sebut aje pasal kek pisang pasti ramai yang menggemarinya. Hari ini resepi ingin berkongsi cara-cara membuat kek pisang tapi dengan menggunakan cip walnut pula.

BAHAN-BAHANNYA.

  • 500 gm pisang emas dilenyek-lenyek dan hancur
  • 250 gm mentega
  • 400 gm marjerin
  • 700 gm gula
  • 700 gm tepung gandum
  • 600 gm telur
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu soda bicarbonate
  • 150 gm cip coklat
  • 100 gm walnut yang telah dicincang
  • Perisa pisang
  • Perisa vanilla
CARA-CARA MEMBUATNYA.
  • Campurkan mentega, marjerin dan gula dan pukulnya sehingga kembang.
  • Selepas itu masukkan pula perisa pisang dan vanilla.
  • Pukul sekali lagi hingga semuanya sekata dan sebati.
  • Masukkan serbuk penaik, soda bicarbonate, tepung dan telur sehingga semuanya sekata. Ingat masukkan bahan-bahan ini secara beransur-ansur yer.
  • Akhir sekali masukkan pisang, walnut dan cip coklat.
  • Masukkan ke dalam bekas pembakar dan bakar. 
  • Biarkannya sehingga betul-betul masak.
Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment