Menjelang Aidilfitri nanti mesti ramai orang sibuk membuat pelbagai jenis biskut hari raya. Resepi ingin berkongsi satu resepi biskut disini iaitu resepi biskut kacang hazel bercoklat.
BAHAN-BAHANNYA.
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan kacang sapuan coklat hazel
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu baking soda
- 1/3 sudu teh garam
- 1/2 cawan gula kastor
- Sebiji telur
- 1/2 cawan gula merah
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan kacang hazel
CARA-CARA MEMBUATNYA.
- Campurkan gula kastor, gula merah, mentega dan sapuan coklat hazel dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga sebati selama empat minit.
- Masukkan telur dan esen vanila sebelum dipukul lagi sehingga sebati.
- Tepung gandum, baking soda, serbuk penaik dan garam digaul menggunakan teknik mengaut dengan spatula.
- Masukkan kacang hazel yang sudah dipecahkan.
- Letakkan kertas baking pada dulang pembakar.
- Gunakan sudu dan letak adunan ke atas dulang mengikut saiz yang disukai.
- Bakar 10 minit pada suhu 180 darjah celsius.
- Biskut kacang hazel bercoklat telah sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba
Artikel dari SUMBER
No comments:
Post a Comment