Resepi Nasi Ayam Special Dan Sedap.

http://resepi-oh-resepi.blogspot.com/2014/03/resepi-nasi-ayam-special-dan-sedap.html
Resepi Nasi Ayam Special Dan Sedap.

Kali ini admin ingin berkongsi resepi yang memang special dan sedap sesangat. Nasi ayam memang ramai menggemarinya. Tetapi admin ingin berkongsi tentang resepi nasi ayam yang begitu special dan sedap.

BAHAN-BAHAN.

Bahan untuk merebus ayam :
1 ekor ayam dipotong (terpulang kepada anda berapa jumlah potongannya).
2 cm halia yang telah ditumbuk halus.
2 ulas bawang putih juga ditumbuk halus.
1 kiub ayam (tak kisah apa brand pun).
 
Bahan untuk memerap ayam :
 
1 sudu besar kicap pekat 
1 sudu besar sos tiram.
1 cm halia yang ditumbuk halus 
2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus  juga.
1 sudu besar kicap cair.
Madu untuk di sapu.

Bahan untuk nasi:
 
3 cawan beras @ mengikut sukatan anda sendiri.
Air rebusan ayam sebanyak 4 cawan.
2 sudu besar butter .
1 cm halia yang telah ditumbuk halus .
3 ulas bawang putih ditumbuk halus  juga.
Garam
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 batang serai diketuk terlebih dahulu.
2 helai daun pandan 
Kunyit (warna dan aromanya).
 
Bahan untuk membuat sos.
 
5 biji cili merah.
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
Garam.
Gula.
1/2 cawan air rebusan ayam tadi.
 
Bahan untuk kuah kicap.
 
Kicap manis sebaik-baiknya cap kipas udang.
Garam 
Air rebusan ayam.
 
CARA-CARA UNTUK AYAM.
 
Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan terlebih dahulu dengan halia dan 2 ulas bawang putih.
Masukkan 1 kiub ayam dan direbus bersama-sama ayam sehingga empuk dan lembut.
Setelah empuk angkat ayam tersebut dan diperap dengan ramuan perap di atas.
Selepas itu barulah digoreng ayam tersebut dengan api yang sederhana panas.
Angkat ayam tersebut setelah ianya betul-betul masak dan sapukan dengan madu.
 
CARA-CARA UNTUK MEMASAK NASI AYAM SEDAP DAN SPECIAL.
 
Seperti biasa nada harus basuh beras tersebut dan keringkan airnya terlebih dahulu (tos).
Sebaik-baiknya gunakan butter untuk menumis. 
Tumiskan halia, serai, bawang putih, daun pandan, biji lawang, buah pelaga dan kayu manis.
Setelah naik kesemua bahan yang telah di tumis dan bawang telahpun garing, masukkan beras dan masakkannya sekali.
Setelah naik baunya masukkan pula garam, kunyit dan air rebusan ayam.

CARA-CARA MEMASAK SUP NASI AYAM.

Masukkan sup bunjut, bawang besar dan garam dan rebuskannya bersama-sama air rebusan ayam tadi. Seperti biasa sup mestilah di campurkan dengan bawang goreng dan daun sup.

CARA-CARA MEMBUAT SOS NASI AYAM.

Ambil kesemua bahan-bahan untuk sos yang disebutkan di atas dan di blenderkan kesemuanya sekali.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH KICAP NASI AYAM.

Masakkan kesemua bahan-bahan untuk membuat sos di atas dan campurkannya. Masak kesemua bahan-bahan tersebut di atas api yang sederhana panas.

Sekarang siaplah nasi ayam special dan sedap untuk hidangan seisi keluarga anda.


 


 
 
 

    1 comment: