Bahan-Bahan Untuk Membuat Mee Rebus:
- 1 kg mee kuning yang telah dicelur dengan air panas.
250g taugeh yang telah dicelurjuga.
Bawang goreng
Beberapa biji limau kasturi
3 biji telur yang telah direbus
1 tangkai daun sup dipotong secara dihiris-hiris.
Cili merah dipotong nipis
Cili hijau dipotong nipis
3 ketul tauhu yang telah digoreng dan dan dipotong-potong mengikut citarasa anda. - Bahan untuk kuah mee rebus:
500 g daging yang dipotong nipis.
500 g keledek merah dalam 2 ketul tetapi yang kecil sahaja.
2 sudu besar taucu
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar udang kering yang direndam
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air
1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 cm lengkuas dan ditumbuk-tumbuk.
1 biji tomato dipotong secara dadu.
Garam dan gula mengikut cita rasa anda.
Cara Membuat:
- Cara untuk memasak kuah mee rebus:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering tadi.
Tumis bahan kisar yang halus tadi sampai wangi ke dalam minyak yang panas.
Kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan daging dan kacau hingga sebati
Masukkan air dan keledek yang telah dilenyek tadi. Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan bahan tersebut hingga kuahnya menjadi pekat.
Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda.Selamat Mencuba.....
No comments:
Post a Comment