Showing posts with label Resepi Seafood. Show all posts
Showing posts with label Resepi Seafood. Show all posts

SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

Resepi, SIAKAP TIGA RASA ALA THAI
Siakap Tiga Rasa
Siakap tiga rasa salah satu menu yang popular di mana-mana restoran seafood. Sememangnya ikan ini harganya mahal apatah lagi setelah dimasak tiga rasa. Banyak juga jenis masakan boleh dibuat dengan ikan siakap ini. 

Penulis memang amat-amat menggemari ikan siakap masak tiga rasa ini. kena pulak rasanya ala-ala Thai memang sedap dan lazat. Penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua dengan resepi ikan siakap tiga rasa ini. Mungkin anda semua boleh berbuka dengan resepi siakap tiga rasa ini.

BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN-BAHAN 1:
1 ekor ikan siakap
50 gm cili kering  *
3 biji bawang besar  *
2 ulas bawang putih  *
2 cm halia  *
2 sudu sos tomato
 

Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu.
 

BAHAN 2:
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 helai daun limau
Nenas dipotong dadu
Garam
Semua bahan-bahan di atas hendaklah dihiris-hiris nipis kecuali garam. Takkan garam pun nak hiris-hiris kan? Hehe...
 

CARA-CARA MEMBUATNYA:
 

Terlebih dahulu anda gorengkan siakap anda hingga garing.
 

Setelah garing angkat dan letak tepi dahulu.
 

Selepas itu masukkan semua bahan-bahan 1 tadi dan tumiskan.
 

Pastikan kuahnya pekat dan mantap.
 

Kemudian masukkan semua bahan-bahan 2 tadi.
 

Garam dimasukkan mengikut kesesuaian dan tahap citarasa anda.
 

Setelah masukkan kacau dan gaul semuanya di dalam kuali tersebut hingga sebati dan rata.
 

Setelah benar-benar masak dan naik baunya anda boleh mengangkatnya dan mencurahkan ke atas siakap anda tadi.
 

Siap pun siakap tiga rasa anda. 



Boleh lah mencuba untuk membuat juadah berbuka petang nanti yer...

Selamat Mencuba.

LALA MASAM MANIS.

Lala memang la sedap apatah lagi di goreng atau di masak. Resepi oh resepi juga menggemari masakan lala nie. Apa kat akita mencuba pula resepi lala masam manis. Mesti terangkat la kalau makan lala masam manis nie.

Ramai penggemar lala terutama apabila berkunjung ke restoran seafood. Masakan paling popular bagi lala ini salah satu darinya ialah lala masak masam manis.

Dibawah ini adalah cara-cara membuat lala masak masam manis.

BAHAN-BAHANNYA:

200gm lala
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
4 ulas bawang putih yang dikisar
1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
1 sudu sos plum
50gm nenas
50gm timun
1 biji bawang besar yang dihiris
1 biji cili benggala merah yang dihiris halus
Garam

CARA-CARA MEMASAKNYA:

Ambil bawang putih dan cili boh dan tumiskannya hingga menjadi garing.
Masukkan timun, nenas, bawang besar dan cili benggala merah dan biarkan seketika.
Selepas itu masukkan lala, sos cili, sos tiram, sos plum dan jus limau nipis.
Masukkan garam mengikut citarasa anda.
Lala akan terbuka apabila masak.
Setelah masak dan boleh lah dihidangkan bersama keluarga anda.
)

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top