RESEPI CHICKEN CHOP SEDAP DAN MUDAH.

RESEPI CHICKEN CHOP SEDAP DAN MUDAH.
Resepi, Resep, Resepi western
Google Image
Apabila sebut sahaja chicken chop sudah pasti ramai sudah merasainya kan? Chicken chop sememangnya sedap dan juga mudah untuk membuatnya. Tetapi sedapnya juga bergantung pada cara-cara penyediaan sos nya juga. Jika sos nya tidak sedap sudah tentulah chicken chop kurang sedap.

Di bawah ini disertakan bahan-bahan dan cara-cara penyediaan chicken chop yang sedap dan amat mudah sekali.

Bahan-bahan untuk ayam:

Beberapa ketul paha ayam 
Tepung goreng kentucky
Telur
Minyak masak
Mayonis
Kobis 
Ubi Kentang
Sos tiram (Boleh ditambah jika ingin menambahkan kesedapannya)

Bahan-bahan untuk sos:

Halia
2 biji bawang putih
1 ulas bawang besar

1 sudu besar tepung jagung
Lada hitam (tumbuk dahulu)
Tomato (dipotong-potong)
Sos tomato

Air 100ml
Sos lada hitam 
Kicap


Cara-Cara Membuat Chicken Chop:

Hanya ambil daging sahaja di bahagian peha ayam.
Perapkan semua daging ayam tersebut dengan sos tiram dan telur.
Setelah benar-benar sebati dengan ramuan tersebut celupkan ayam dengan tepung kentucky.
Kemudian gorengkan ayam tersebut dengan api yang tidak terlalu kuat.
Untuk hiasan ambil kobis dan cincang halus-halus dan gaulkan dengan mayonis.

Cara-Cara Membuat Sos:

Ambil bawang putih dan halia (tumbuk terlebih dahulu) dan tumiskan sehingga naik bau wanginya.
Kemudian masukkan pula air dan biarkan sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan pula serbuk lada hitam, gula, garam dan perasa tambahan.
Kemudian masukkan pula bawang besar dan tomato.
Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan air masak dan campurkan dengan sos tersebut supaya pekat. 
Chicken chop sedap dan amat mudah resepinya telah siap sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. hai
    feel free to visit

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    ReplyDelete